Tarikh 30 oktober adalah jangkaan asal kelahirannya, waktu tu kami di Johor. Nampaknya Husna tak mahu melihat dunia lagi so kami buat keputusan pulang ke Terengganu...Berdoa pd Allah agar tak bersalin dlm perjalanan.. Alhamdulillah selamat sampai...Setelah 4 hari di Terengganu Abah terpaksa kembali ke Johor bertugas. Tak sangka umi mula sakit mlm tu, pg tu baru pergi klinik dgn ayah long dan nenek (abah baru tiba di johor terpaksa patah balik). Tepat jam 1.00 tghari 5 november 1997, lahirlah anak sulung abah dan umi setelah hampir 12 jam umi mengalami sakit.
Teringat kata2 nenek bila lihat husna lahir, Ya Allah ada dua kapala cucu aku????? ( Rupa2nya bengkak krn umi tak tahu nak meneran) Tp alhamdulillah bila abah sampai kat klinik jam 5.00 petang, bengkak dah surut.... abah terpaku kat depan pintu... tak percaya dia dah dapat seorang puteri dan bergelar seorang ayah....
Aku dipangku diazan dan diiqamatkan....menitis airmata umi abah melihat sang puteri yang montel.... syukur pada Allah.....kini anak umi dan abah dah berusia sepuluh tahun....
SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU....MOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH