|
|
| Wednesday, 15-Aug-2007 22:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Pengantin Baru.....Cik Mie (My Lovely Auntie)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 28-Jul-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sumayya One month old
|
|
after one month!!!!!!!!!!!!!!
Sleep, milk, poo poo and wee wee
Senyumanmu adalah sedekah
Yang hadir dari hati yang ikhlas
Kelembutanmu lambangnya solehah
Sebagai wanita muslimah
Kerasmu....bila bertegas
Deretan benteng buat dirimu
Manjamu....fitrah sejati
Menjadi idaman para lelaki
Pekertimu mempamerkan akhlak
Bercirikan ketimuran
Adab dan adatmu bertunjangkan jati
Sebagai akar buat dirimu
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 28-Jun-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lahirnya Sang Puteri.....Anugerah Dari Ilahi
|
|
Alhamdulillah, Tepat 1.44 pagi 28.6.2007 (Khamis), anak kelima kami seorang puteri selamat dilahirkan secara normal dengan berat 2.79 kg di Queen Medical Centre Nottingham University Hospital, UK.
'My little sister' kata kakak dan abang2nya...
~~Semoga menjadi anak yang solehah ~~
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلّم : من ولد له مولود فليؤذن في أذنه اليمنى بأذان الصلاة , وليقم في اليسرى فإنها عصمة من الشيطان الرجيم
Artinya: Rasulullah SAWW bersabda, “Jika seseorang diberi anugerah anak oleh Allah SWT, hendaknya ia mengumandangkan suara azan di telinga kanan anaknya itu dan iqamah di telinga kirinya karena hal tersebut dapat menjauhkannya dari bisikan dan godaan syetan yang terkutuk. [1]
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-May-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hadiah ...... easter
|
|
Tahniah utk Kakak (Husna) ....antara 10 pemenang bertuah dlm pertandingan mewarna sempena easter.
Kakak dapat 'a family day pass to Twinlakes Park, Melton Mowbray'.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Apr-2007 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
trip to Cornwall
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 15-Apr-2007 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan2 ke Lincolnshire
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 31-Mar-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
12 Rabi'ul Awal 1428 - Maulidur Rasul SAW
|
|
Dia Kekasih Allah
Malu rasanya menyatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Kupujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang ummat
Selagi upaya kuturuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantilah daku di taman syurga
Ya Rasul (ya Rasul)
Ku rindu padamu (Syafaatkan daku)
Ya Rasul (Ya Rasulullah)
Ku rindu padamu
Sesungguhnya apa yang kudambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Selagi upaya kuturuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantilah daku di taman syurga
Sesungguhnya apa yang kudambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Lagu nyanyian Kumpulan HIJJAZ
http://www.youtube.com/watch?v=oHjiUYvOVH4
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 29-Mar-2007 18:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Detik Rabiul'awal
|
|
“TERCIPTA SATU LEMBARAN SEJARAH
DI TANAH SUCI KOTA MEKAH
HARI YANG MULIA PENUH SAADAH
BERMULALAH SEBUAH KISAH
MALAM ISNIN SUBUH YANG INDAH
12 RABIUL-AWAL YANG CERAH
20 APRIL TAHUN GAJAH
LAHIRLAH ZURIAT YANG SAADAH”
Itulah sebahagian rangkap daripada lagu mengenai kelahiran Nabi junjungan yang adik dan abang kena hafal. Sebab dua hari lagi, sekolah adik dan abang buat perarakan hari Maulidur-Rasul. Lagi pun adik dengan abang baru darjah satu. Tambahan pula kami sekelas sebab kami adalah kembar. Adik tanya abang sebab adik tak tahu apa-apa.
“Abang…Maulidur-Rasul tu apa ? Kenapa kita kena buat perarakan beramai-ramai?” Adik pening kepala. Banyak sangat yang adik tak faham. Abang pun geleng kepala. Katanya abang pun tak tau. Yang abang tau kita kena berarak ramai-ramai satu sekolah sambil berselawat sama-sama.
“Adik… apa kata malam ni kita tanya ayah. Mungkin ayah boleh bagitau.” kata abang.
“Betul juga. Nanti kita boleh cerita pada kawan-kawan yang lain.” Adik mengangguk kepala tanda setuju.
Malam kian menjelma. Hari siang mula berlabuh menandakan tibanya waktu malam. Malam ni adik dengan abang nak tanya ayah apa itu Maulidur-rasul. Kenapa kita perlu menyambutnya setiap tahun?. Adik tau ayah mesti tau erti Maulidur-Rasul. Sebab ayah adik ustaz. Ustaz di sekolah menengah agama. Adik dengan abang nak ikut jejak ayah satu hari nanti.
Setelah menunaikan solat Isyak bersama, abang menanyakan soalan yang terbuku di hati. Soalan yang tidak terjawab pagi tadi. “Ayah… abang nak tanya boleh tak ?” suaranya tersekat-sekat bila berhadapan dengan ayah. Adik pula tersenyum saja. Ibu dengan kakak hanya mendengar sahaja.
“Nak tanya apa?” ayah jawab dengan perlahan.
“Sebenarnya… aaaa…. mmmm” suara abang tersekat lagi.
“Maulidur-Rasul tu apa ayah?” cepat-cepat adik menyampuk.
“ Ooo.. itu yang nak ditanya. Ayah ingat soalan apa tadi.” Ayah jawab dengan tenang. Sesekali ayah tersenyum sehingga menampakkan giginya yang putih. Sesekali juga menampakkan kedut muka ayah yang kian tua. “Tak apa. Hari ni ayah nak bercerita sikit tentang Maulidur-Rasul. Kalau mak kamu dan kakak kamu nak dengar sekali apa salahnya. Bukannya kena bayar pun.” Ayah berseloroh panjang.
“Mak…kakak marilah kita dengar bersama. Mesti seronok nanti,” abang bersungguh-sungguh mengajak emak dan kakak untuk mendengar sekali.
“Maulidur-Rasul maknanya hari kelahiran Rasul junjungan kita.” Ayah mula menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
“ Lagi pun adik dengan abang kan menyambut hari lahir setiap tahun. Begitu juga dengan kelahiran Nabi Junjungan kita yang dikasihi dan dicintai. Tapi cara menyambutnya lain dengan dengan cara kita.” Ayah menambah lagi.
“Tapi kenapa kita kena sambutnya?. Adik tengok setiap tahum mesti ada Maulidur-Rasul?”
“Yalah ayah. Kenapa kita kena sambutnya setiap tahun. Lepas tu pula apa yang lainnya tu?” abang tiba-tiba mencelah.
“Adik… abang… dengar dulu apa yang ayah nak cerita tu.” Emak menasihati kedua anak kembarnya.
Ayah tau perasaan adik dan abang. Mereka keliru. “Sebenarnya untuk mengingati kelahirannya setiap tahun. Sebab di atas jasanya dalam menyebarkan dakwah Islam bermula di Makkah sehingga ke seluruh dunia. Sampailah sekarang,” ayah bercerita lagi.
“Cara kita sambut Maulidur-Rasul tu agak lain juka dibandingkan dengan cara menyambut hari lahir kita. Caranya dengan kita sebagai umat Islam akan berkumpul beramai-ramai di sebuah satu tempat kemudian kita akan berarak menuju ke satu tempat. Di samping itu juga kita akan berselawat kepada Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ,” tambah ayah lagi.
“Oooo... begitu.” Adik dengan abang jawab serentak tanda kami faham.
“Sejarah kelahiran Nabi junjungan kita bermula begini. Baginda lahir ke dunia pada pagi Isnin yang cerah 12 Rabiul Awal bersamaan tahun gajah atau 20 April 571 Masihi. Semasa lahirnya baginda ke dunia didapati ada satu cahaya yang terang benderang menyinari ke seluruh Bandar Makkah.”
“Kenapa tahun tu di panggil Tahun Gajah?” adik tanya sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Abang pula khusyuk mendengarnya. Sehingga tidak berkelip matanya.
“Dinamakan tahun kelahirannya Tahun Gajah kerana pada tahun tersebut ada seorang maharaja Habsyi bernama Abrahah yang telah mengirimkan tentera bergajah untuk meruntuhkan kaabah. Abrahah berbuat demikian kerana tiada seorang pun yang datang ke tempatnya untuk beribadah. Tapi Allah Taa’la membinasakan tentera-tentera bergajah untuk memuliakan sejarah kelahiran nabi junjungan kita semua. Semua ini ada tercatat di dalam Al-Quran surah Al-Fil . Adik dengan abang ingat lagi tak apa dia surah Al-Fil?”
Adik dengan abang mengangguk kepala tanda ingat surah yang ayah cakap.
Ayah bercerita lagi. “Ketika itu jua, keadaan sekeliling menjadi seolah-olah menyambut kelahiran baginda. Burung-burung menyanyi dan bersiul-siul. Hari yang redup. Udara yang nyaman. Serta pepohon mengeluarkan bunga-bunga yang harum mewangi. Juga tumbuh-tumbuhan hidup dalam keadaan segar dan hijau. Baginda dilahirkan dalam keadaan tertiarap di mana kedudukannya seolah-olah sujud kepada Allah Taa’la. Baginda juga tidak menangis ketika dilahirkan. Kedua-dua telunjuknya terangkat ke atas memberi tanda atas kekuasaan dan keesaan Allah Ta’ala .”
“Adik dengan abang menangis tak masa kecil dulu?” adik mencelah sambil tanya kehairanan.
“Adik… semua orang bila lahir ke dunia akan menangis,” kakak menjawab soalan adik. Ayah dan emak hanya tersenyum sahaja. Ayah sambung lagi.
“Semasa baginda dilahirkan, ayahnya sudah pun meninggal dunia semasa baginda dalam kandungan lagi. Ayahnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Makkah dari negeri Syam setelah berniaga di sana. Ketika itu ayahnya berusia 18 tahun. Ada satu lagi. Ada satu tempat penyembahan api untuk orang majusi. Kalau orang Islam meyembah Allah di satu tempat namanya masjid, tapi orang majusi terkenal dengan menyembah api di satu kawasan. Api di situ menyala hampir 1000 tahun tak pernah padam. Tapi lihat setelah kelahiran nabi junjungan kita, tiba-tiba api tersebut padam .”
“Wahh…hebatnya kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ,” abang melopong bila mendengar ayah bercerita.
Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 10.00 malam. Ayah sibuk bercerita tentang Maulidur-Rasul pada adik dan abang. Tapi ayah lihat adik sudah tertidur. Abang pula khusyuk mendengarnya. “Abang… ayah berhenti dululah sampai sini. Besok lusa kita sambung lagi. Adik pun dah tertidur tu. Pergi kejutkan adik. suruh adik masuk bilik.”
Abang mengangguk kepala sahaja. Hari ini abang sangat gembira. Sebab ayah menceritakan detik-detik Rabiul-Awal pada abang dan juga adik. Nanti bila hari Maulidur-Rasul tiba boleh abang ceritakan pada kawan-kawan. mesti menarik. Abang tak boleh menunggu hari tersebut.
Hasil Karya: Anuar b Hashim
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 27-Mar-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menu Hari ini
|
|
Gara2 tak tau nak masak apalah ni, umi buat Rojak Ayam jea..untuk hidangan lunch kami.
"Emm yummy ummi, I like it, " kata Iman
Adik pun suka juga...
Ingatkan tak laku, rupa2nya habis jugak...
Thanks anak2 dan abahnya coz tolong habiskan............
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Mar-2007 00:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kunjungan ke Pameran di De Lisle Catholic Science College
|
|
|
|
|
|
|